Monthly Archives: October 2011

Diari Musafir: Episod akhir.

Diari Musafir (Episod 2)

a
“Ya Allah ..Sol ni..Ngeri betul mak cik tengok!. Mak cik kena drive jauh sikit daripada kereta Sol ni. Dia drive main menyelit je ni. Tak tengok kanan kiri,” bebel mak cik sambil menjarakkan proton Exora daripada Si Kancil yang tak ubah macam pelesit .

Peristiwa ala-ala filem “James Bond” tadi benar benar mengejutkan pemandu kami barangkali. Mana tidaknya ,mak cik sudah bersiap sedia membayar tol, tidak semena mena sahaja, kereta ukhti Sol memintas ke kanan dan merentas tiga baris laluan  kenderaan terminal tol. Ligat sahaja dia memasuki laluan bertentangan dan masuk kembali ke perut lebuh raya. Fuh!! Dasyat!

Continue reading

Advertisements

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Diari Musafir


Diari Musafir

Episod 1.

23 Oktober 2011
Ipoh Garden,
Ipoh.

7.20 pagi.

Saya mengerling jam di telefon bimbit. lagi 10 minit ke pukul 7.30 pagi.

“Manalah mereka ni? tak nampak-nampak batang hidung,” hati mendesis.

Nafas ditarik dalam-dalam. Saya termenung seketika.

Sesekali kedengaran lagu alam, merdu dialun rancak oleh sang burung berterbangan. Hamparan hijau padang sekolah di hadapan rumah terkadang begitu mendamaikan. Di sinilah sang burung bertasbih riang.
Memuji pencipta alam buana.

Alhamdulilah, segala puji bagi Allah yang maha penyayang. Perkhabaran gembira keputusan peperiksaan semalam begitu melonjakkan semangat ingin terus berjuang. Juang dakwah di jalan ini begitu mengujakan.

Jatuh dan bangun.
Tangis dan tawa.
Mustahil untuk dihitung dan dikira.

Saya menjeling sekali lagi ke arah jam. 7.27 pagi.  Saya menoleh kanan dan kiri, mencari sebarang kelibat.
Saya semakin cemas.
Continue reading

3 Comments

Filed under Uncategorized