Monthly Archives: November 2011

Cahaya itu: Episod 1

Zack_trans: kenapa dengan you ni eh? Kenapa you banyak berubah sekarang ni?

Princess_ixora: huh..

Zack_trans: kenapa mengeluh? Rasa bersalah? Ke dah bosan dengan I ?

Princess_ixora: memang I bosan. Kenapa you suka sangat nak desak-desak I sejak akhir-akhir ni? You tahu tak I rimas? Boleh tak paham sikit keadaan I. I sekarang busy, I tak ada masa nak fikir benda-benda remeh ni..nak gaduh-gaduh lagi dengan you. Malas tahu tak?!!

Zack_trans: oooo..suruh I paham perasaan you. Habis, perasaan I siapa nak faham? Kenapa eh dengan you ni? Apa, ingat dah dapat belajar kat UK tu dah bagus sangat? Dah pandai sangat? Nak tunjuk hebat sangat? Eh, dengar sini..I cakap dengan you, setakat UK tu, I dah keliling banyak kali  lah. Ingat family I tak mampu? I ni dah 3 tahun duduk US, tak berlagak pun macam you. Setakat baru setahun jagung duduk UK, dah macam bagus.

Continue reading

Advertisements

1 Comment

Filed under Cerpen, Tarbiyah

Penat

” Hakim, kadang-kadang aku rasa aku penatlah buat kerja-kerja macam ni!”  rungut Azfar sambil melepaskan keluhan berat. Dia melemparkan pandangan jauh ke padang bola. Sesekali kedengaran sorakan sekumpulan pelajar junior lelaki yang leka berlatih bola sepak pada petang Rabu itu.

“Kerja – kerja macam mana tu Far?” balas pelajar tahun akhir fakulti kejuruteraan ini, mengerutkan dahi.

“Kerja kerja yang tengah kita buat nilah, study, usrah, kerja-kerja persatuan, macam-macam lagilah!,” keluh Azfar.
Tegang.
Continue reading

Leave a comment

Filed under Cerpen, Tadabbur, Tarbiyah

Lukisan hati: Antara mak, ayah dan murabbi.

 

Mak dan saya.

Saya memang peminat seni.
Saya suka penulisan, lukisan, muzik, fotografi, masakan. Mungkin mewarisi minat mak.
Mak saya orang miskin, ibu dan ayah bercerai sejak kecil. Hidupnya dicampak ke sana sini. Sekejap dicampak ke bapa, sekejap diheret ke ibu, dicubit hingga lebam oleh ibu tiri, diberi makan nasi sejuk. Sampai sepupu mak, curi-curi ambilkan nasi panas di dapur untuk beri mak makan. Akhir sekali  pak Andak nya yang tinggal di Kluang datang, minta izin untuk jaga mak. Pak Andak jaga macam anak sendiri. Diberi makan, diberi baju, tempat tinggal dan pelajaran.
Continue reading

1 Comment

Filed under Uncategorized