Monthly Archives: April 2012

Merekalah yang mengajar kami..

Minggu ini di kala ramai memilih untuk pulang ke kampung selepas end of posting exam, saya lebih suka berada di sini. Ada sesuatu yang perlu saya lakukan. Iaitu memuhasabah diri.

Sudah menjadi lumrah, apabila kita terlalu asyik bekerja, kita mungkin akan terlupa untuk menilai diri. Lebih dahsyat, jika kita menjadi angkuh dengan pencapaian diri, mulalah kita berasa izzah dengan kehebatan diri. Astaghfirullahalazim. Saya berlindung daripada musibah itu.

Menyorot kehidupan lalu, bermula sekitar awal 2008, hidup saya mula disinari tarbiyyah. Murobbi yang mula membuka mata hati saya adalah seorang doktor Foundation Year 1 (di Malaysia, dipanggil houseman). Ketika itu, saya masih lagi hijau dan tidak mengerti apa-apa tentang tarbiyyah. Mujurlah, saya pada asalnya seorang yang memang sukakan perkara Islami. Maka, saya mudah tertarik dengan program berbentuk ruhaniyyah. Perlahan-lahan, saya mula menyusuri kehidupan yang sungguh menenangkan dek dibelai oleh kelembutan Iman dan kehangatan ukhuwwah fillah.

Continue reading

Advertisements

5 Comments

Filed under kembara, Tarbiyah

Nak jadi kakak kena kuat!

Assalamualaikum wbt,

Setelah sepurnama lamanya saya tidak menulis. Apabila saya mengatakan saya tidak menulis, ia mungkin boleh membawa konotasi yang sebenarnya saya sudah terlalu lama berlari tanpa henti.
Saya sudah terlalu lama tidak berhenti.
Berhenti seketika daripada  berlari mengejar impian yang didambakan dalam sanubari.
Ahh!! Saya terlalu sibuk mengejar itu dan ini, merancang begitu dan begini sehingga saya menjadi lelah. Lelah kerana tidak memberi ruang kepada diri sendiri untuk duduk seketika dan merenung diri sendiri.

Ya, ada suatu ketika dahulu menulis adalah nadi kekuatan saya.
Dengan menulis, saya mendapat kekuatan untuk menilai diri sendiri.
Dengan menulis, saya beroleh ruang untuk meneliti tindak tanduk tabie manusia sekeliling.
Dengan menulis, saya mendapat kerehatan yang sungguh menenangkan.
Kerana dengan menulis, saya perlu menyatukan minda dan hati sehingga kedua-duanya larut dengan perasaan  iman yang dicetuskan oleh asuhan Sang Tarbiyyah.
Tidak keterlaluan jika saya ungkapkan, air mata saya menjadi murah tatakala jari jemari menari laju di atas papan kekunci. Jiwa saya menjadi sensitif apabila menulis.
Natijahnya, hati ini mampu menyelami segala episod  cerita hidup ini dan menemukan mutiara ibrah , hatta sekecil manapun peristiwa yang telah  berlaku itu.
Ya, percaya atau tidak, dahulunya menulis adalah wadah peribadi saya untuk memuhasabah diri.

Continue reading

3 Comments

Filed under Tarbiyah