Monthly Archives: June 2012

Mereka dan saya : Sebuah ekspresi rindu.


Baru semalam saya melihat mereka merangkak perlahan di hamparan ini,
Hari ini, dalam sekelip mata , mereka sudah pandai berlari.
Baru semalam saya menyaksikan mereka bermain-main riang.
Hari ini, tiada masa langsung untuk mereka berehat senang.

Baru semalam, saya meneroka wajah polos mereka.
Tiada sedikit kerisauan bertapak di hati.
Mereka seolah-olah  larut dengan kehidupan sendiri.

Tetapi hari ini,  rasa ingin berseronok tanpa hala itu telah jauh di bawa pergi.
Bayu tarbiyyah  nyata telah menolak hiburan duniawi itu ke tepi.
Saban hari, di wajah mereka mula terlakar ribuan ekspresi,
Terkadang mereka tersenyum,
Terkadang pula tegang dan serius.
Terkadang terpancar keletihan yang memuncak.
Tak kurang juga  riak risau dan cuak.
Semuanya hanya kerana sibuk memikirkan kelangsungan cinta baru mereka,
Cinta dan himmah terhadap dakwah dan tarbiyyah yang kian menghangat.

Saya di sini hanya duduk memerhati,
Setiap langkah dan gerak geri,
Setiap semangat , curhat, dan keluhan hati.

Saya masih lagi duduk sini,
Setia memerhati,
Memerhati dengan kaca mata murobbi,
Tidak akan pernah jemu
Menyaksikan setiap tatih, langkahan dan larian mereka,
Jika pun ada langkahan yang sumbang,
Ia tidak sedikitpun menjadi kudis di hati murobbi.
Kerana setiap  yang kuat bermula daripada yang lemah,
Setiap yang pandai, bermula daripada yang jahil.
Setiap yang penuh, bermula daripada yang kosong.

Entah mengapa saya merasakan,
masa terlalu kuat cemburunya.
Saya masih tidak puas mendidik mereka,
Namun, mereka terlalu cepat dewasa.
Mereka membesar di bawah naungan tarbiyyah yang tiada mewah,
Mereka menjadi matang di bawah naungan dakwah yang tiada mudah,
Dan saya di sini,
Hanya mampu memberi sentuhan yang tiada gah,
Memberi sekadar yang termampu.
Entah layak, entah tidak digelar murobbi,
Saya sendiri tidak tahu.

jumaat
29 jun 2012

Advertisements

6 Comments

Filed under Tarbiyah