Category Archives: Cerpen

Cahaya itu : Episod 2

 Episod yang lepas: Cahaya itu (Episod 1)

“Emm..saya Ailis Najihah, kawan-kawan panggil Ailis. First year medical student. Baru 2 bulan sampai sini,” Ailis memperkenalkan diri seraya menghulur salam perkenalan. Mukanya masih pucat lesi selepas menahan malu di kaunter pembayaran Butik Dorothy Perkin’s.

“Nama akak, Nur Hanan Zulaikha. Panggil sahaja Kak Hanan. Final year law student,” sahut Hanan, tersenyum manis.

“Err , kak, sorry sangat pasal tadi. Nanti saya ganti balik duit akak ya. Saya rasa saya memang bawa purse tu. Tiba-tiba je lesap. Takkan ada pick pocket kot kat Meadowhall ni,” rungut Ailis, menaruh curiga.

“Tak apa..tak apa. Biar akak tolong Ailis cari purse tu. Entah-entah tercicir di mana-mana kot?” Hanan menelah.

Continue reading

Advertisements

Leave a comment

Filed under Cerpen, Tarbiyah

Cahaya itu: Episod 1

Zack_trans: kenapa dengan you ni eh? Kenapa you banyak berubah sekarang ni?

Princess_ixora: huh..

Zack_trans: kenapa mengeluh? Rasa bersalah? Ke dah bosan dengan I ?

Princess_ixora: memang I bosan. Kenapa you suka sangat nak desak-desak I sejak akhir-akhir ni? You tahu tak I rimas? Boleh tak paham sikit keadaan I. I sekarang busy, I tak ada masa nak fikir benda-benda remeh ni..nak gaduh-gaduh lagi dengan you. Malas tahu tak?!!

Zack_trans: oooo..suruh I paham perasaan you. Habis, perasaan I siapa nak faham? Kenapa eh dengan you ni? Apa, ingat dah dapat belajar kat UK tu dah bagus sangat? Dah pandai sangat? Nak tunjuk hebat sangat? Eh, dengar sini..I cakap dengan you, setakat UK tu, I dah keliling banyak kali  lah. Ingat family I tak mampu? I ni dah 3 tahun duduk US, tak berlagak pun macam you. Setakat baru setahun jagung duduk UK, dah macam bagus.

Continue reading

1 Comment

Filed under Cerpen, Tarbiyah

Penat

” Hakim, kadang-kadang aku rasa aku penatlah buat kerja-kerja macam ni!”  rungut Azfar sambil melepaskan keluhan berat. Dia melemparkan pandangan jauh ke padang bola. Sesekali kedengaran sorakan sekumpulan pelajar junior lelaki yang leka berlatih bola sepak pada petang Rabu itu.

“Kerja – kerja macam mana tu Far?” balas pelajar tahun akhir fakulti kejuruteraan ini, mengerutkan dahi.

“Kerja kerja yang tengah kita buat nilah, study, usrah, kerja-kerja persatuan, macam-macam lagilah!,” keluh Azfar.
Tegang.
Continue reading

Leave a comment

Filed under Cerpen, Tadabbur, Tarbiyah