Category Archives: kembara

Merekalah yang mengajar kami..

Minggu ini di kala ramai memilih untuk pulang ke kampung selepas end of posting exam, saya lebih suka berada di sini. Ada sesuatu yang perlu saya lakukan. Iaitu memuhasabah diri.

Sudah menjadi lumrah, apabila kita terlalu asyik bekerja, kita mungkin akan terlupa untuk menilai diri. Lebih dahsyat, jika kita menjadi angkuh dengan pencapaian diri, mulalah kita berasa izzah dengan kehebatan diri. Astaghfirullahalazim. Saya berlindung daripada musibah itu.

Menyorot kehidupan lalu, bermula sekitar awal 2008, hidup saya mula disinari tarbiyyah. Murobbi yang mula membuka mata hati saya adalah seorang doktor Foundation Year 1 (di Malaysia, dipanggil houseman). Ketika itu, saya masih lagi hijau dan tidak mengerti apa-apa tentang tarbiyyah. Mujurlah, saya pada asalnya seorang yang memang sukakan perkara Islami. Maka, saya mudah tertarik dengan program berbentuk ruhaniyyah. Perlahan-lahan, saya mula menyusuri kehidupan yang sungguh menenangkan dek dibelai oleh kelembutan Iman dan kehangatan ukhuwwah fillah.

Continue reading

Advertisements

5 Comments

Filed under kembara, Tarbiyah

Jaulah yang osem (bahagian 2)

Assalamualaikum

Ok, jom sambung coret-coret tentang jaulah Ohsem Twins of Faith hari tu. Kali ini, terasa nak menulis dalam bahasa Melayu lah. Boleh kan? Tapi sebelum itu, nak susun semua jari yang ada untuk minta maaf sebab saya akan menggunakan bahasa yang agak kurang formal. Tapi saya akan cuba menjaga tatabahasa dan ejaan bagai menatang minyak yang penuh, yalah, bahasa kan jiwa bangsa ? huhe.p

Hari yang dinanti-nantikan pun tiba.

23 Disember 2011.

Petang itu, debaran pun semakin rasa. Bukan apa, kereta api akan bertolak jam 6.15 pm. Tapi ada antara kami yang habis kelas pukul 5. Kami ada 18 orang, kesemuanya berkumpul di Fair Park. Nak angkut semua orang ke train station dengan kereta – kereta comel seperti kancil dan kelisa memang agak sempuuttt.. Tak masuk lagi masa kecemasan untuk merempuh traffic jam di kala manusia berpusu-pusu pulang dari tempat kerja. Terpaksalah merempit ala-ala Adnan Semput . Alhamdulillah ada pasukan bantuan  kemanusiaan daripada mak cik Not dan ayah Shamim. Mereka sempatlah meluangkan masa menghantar beberapa kerat lagi manusia yang tersadai di Fair Park.

Ketika saya dan Aslah selesai menghantar akhawat ke train station, kami pun berlumba-lumba kuda memecut pulang ke Fair Park. MPV mak cik Not sudah bersedia untuk menghantar satu lagi gerombolan akhawat termasuk kami berdua. Masa tu, jam sudah pun berdetik sekitar 6.03 petang.

Wohaaa..Jantung dah berlari laju ( baca: running fast) seperti Ferrari dan perasaan dah bercampur baur macam rojak buah. Cuaknya..cuaknya. Dalam hati, saya berbisik sendiri, “Tak apa, tawakkal kepada Allah. InshaaAllah, kalau kita mulakan pekerjaan dengan niat yang ikhlas kerana-Nya, Allah pasti memudahkannya, ” saya menelan air liur positif.

Continue reading

Leave a comment

Filed under kembara, Tarbiyah