mercun

mercun.

dah macam di syria.

taqabbalhuminna waminkum.

 

1 syawal 1343

Leave a comment

August 7, 2013 · 4:13 pm

kembali.

kembali.

keep calm.
inshaallah.

moga ini menjadi medan menghisab diri.
yang makin jauh.
dan lemah.

allah.

musafir asing.

Leave a comment

August 5, 2013 · 3:12 pm

akak, kenapa sekarang dah tak macam dulu?

tiada kata seindah kenangan.

Apabila kenangan lalu mengusik..

akak..
saya rindu bila akak…

akak..
saya rindu masa akak…

akak..
kami rindu waktu akak sampaikan…

akak, kenapa sekarang dah tak macam dulu?

……………………………………………..

adik,
dulu lain..
sekarang pun lain.

kelainan sesuatu keadaan itu terhasil mengikut kemampuan kita mengharungi liku-liku kehidupan.

jika engkau merasakan payah, maka tandanya peringkat ketahananmu telah bertambah.

jika engkau merasakan tidak selesa,
itu tandanya allah sedang mentarbiyahmu.

jangan dibandingkan dahulu dan sekarang.
kerana dahulu engkau senaif bayi.
kini engkau telah dewasa.
selayaknya engkau menerima cabaran insan dewasa.

senyumlah adikku.
senyumlah.
walau apa pun ujian menghambat.
engkau kekal sebagai adikku.
hingga ke akhirnya.

kembaliku dengan kenangan bersamamu.
-musafir asing-
28 ramadhan. 1434.

Leave a comment

August 5, 2013 · 2:42 pm

Bezanya engkau dan mereka.

Akhawat Filllah,

Sekadar renungan untuk aktivis dakwah

Di kala batalion dakwah sedang bertungkus lumus melaksanakan shahadatul haq dan program dakwah,
Jangan pula kita hanya menjadi penonton kepada realiti ummah.
Masihkah kita tidak sedar bezanya pelaksana dakwah dan pemikir dakwah?

Pelaksana dakwah hanyalah mereka yang hanya memerhati dan memerhati.
Hanya menanti kerja menjemput mereka.
Hanya menunggu kerja turun dari langit dan jatuh ke riba.
Oh, mudahnya hidup jika begitu.

Tatkala tentera syuhada lain sedang berhempas pulas melaksanakan tugas, mereka hanya bersorak, bertepuk tangan di barisan belakang. Kononnya memberi sokongan.
Sesekali “meng” like dan menyaringkan suara “ Eh, kalau ada apa-apa kerja, bagitaulah.”

Ahhh.. jika dahulu kita berkelakuan begitu, mungkin masih boleh diterima.
Tetapi di saat ini, tatkala pelbagai daurah, taujihat dan amaran telah dihenyakkan,
masihkah tiada perasaan malu jika penggerak Ad Din berperwatakan sebegitu?
Tidak proaktif!
Muntij zero!
Sungguh! kami tidak perlukan sorakan kosong!
Yang kami perlukan adalah kudratmu! Tenagamu! Ideamu yang tidak kering dan bermusim!

Dakwah bukan jalan mudah.

Jadi, bagaimana pula dengan pemikir dakwah?

“Sesunguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda ulul albab. Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri ataupun duduk ataupun baring dan mereka banyak berfikir mengenai penciptaan langit dan bumi kemudian berkata ‘Wahai Tuhan kami, kamu tidak menciptakan ini engan sia-sia, maha suci engakau, maka peliharalah kami dari siksa api neraka. (Surah ali-’Imran:190-191)

Merekalah kader yang sentiasa berfikir.
Dalam fikir mereka, ada zikir.
Dalam duduk, dalam baring, dalam berjalan, dalam berlari mereka,
Ada fikir. Ada zikir.

Ya, mereka bukan daie bermusim.
Mereka bukan penagih kerja semata-mata,
Merekalah Ulul Albab!
Merekalah yang mencipta kerja!
Mereka  memerhati,  mencetus idea dan gerakan!
Tanpa perlu disebat punggungnya dengan cemeti,
Mereka lah kuda dakwah berlari laju di medan.
Tidak gentar! Tidak bacul! Tidak pengecut!

Kerana Ilah mereka adalah Allah.
Bukan study! bukan assignment menggunung! bukan kenduri kendara! Bukan kerjaya !bukan cuti sakan dengan family semata! bukan sibuknya nak jumpa nenek sedara, ipar duai, tunang bagai!
Kerana semua itu hanyalah alat! Bukan matlamat!

Aduhai..di mana janji-janji kita?
Di mana sumpah rabitah kita?
Jikalau belum bekerjaya pun sudah lari daripada medan,
Bagaimana nanti apabila sudah sibuk dengan on call bagai, suami isteri, anak pinak?
Di mana letaknya nanti dakwah dan tarbiyyah di hati mu?

Golongan mana yang engkau mahu pilih?
Adakah mahu menjadi sahabat kepada As Sabiqunal awwalun,
Yang yakinnya pada As Syahadah menggunung tinggi.
Atau sekadar serpihan umat pasca Fathu Makkah?
Yang hanya mengucap syahadah setelah kecutnya jiwa melihat berbondong-bondong manusia tunduk kepada Islam?

Adakah engkau mahu berdiri di belakang saff Abu Bakr, Umar, Uthman dan Ali?
Yang tegar mempertahankan Islam tanpa bermusim,
Atau hanya sekadar mahu menjadi seperti Abu sufyan yang bagaikan menjilat ludah sendiri,
Yang hanya menumpang megah setelah Islam menjadi gah!
Walhal ketika Islam perlukan kau, kau lari mencicit meninggalkan medan perang!
Ahh, sungguh memalukan!

Jalan ini sememangnya sumpah panjang.
Dan gerabak kereta api yang melaluinya juga tidak pernah berhenti bergerak.
Ia bergerak maju bersama deruan dakwah.
Ia tidak sedikit pun menunggu kita.
Atau berasa terkilan jika kita keluar melompat daripada perutnya.
Kerana sudah tertulis bahawa, setiap zaman dan ketika, pasti ada jiwa yang akan mewarisi legasi dakwah ini.

Kalaupun ada jiwa yang gugur lantaran futur,
Sedikit pun tidak merugikan dakwah.
Kerana sudah menjadi sunnatullah,
Bahawa dakwah tidak pernah akan rugi.
Ya! Tidak pernah!
Yang rugi adalah kita yang meninggalkannya!
Ya! Aku, engkau, dia dan mereka yang meninggalkannya!

Takbir!

3 Oktober 2012
2.30 am
RI Firdausi.

1 Comment

Filed under Uncategorized

Kerana itu, biarkan aku pergi.

United Kingdom.
Musim luruh ,2009.

“Kak.. ” Saya menyeka air mata. Kerongkong dirasakan terlalu perit.
“Kalau boleh, kita tak nak akak pergi. Kita tak bersedia. Kita tak kuat lagi kak,” sedu sedan semakin kuat. Pelukan semakin kejap. Seakan tidak mahu melepaskan dia pergi.

Petang itu, di luarnya sungguh nyaman. Angin musim luruh sesekali bergeser dengan tingkap kaca di bumbung kamar saya. Sayang, angin nyaman itu langsung tidak mampu menenangkan jiwa saya. Sungguh, ketika itu, dada dirasakan berombak kencang. Menghancurkan jiwa saya tanpa belas.

Continue reading

Leave a comment

Filed under Tarbiyah

Kerana dia bukan Ikhwah

Assalamualaikum wbt.

(Wah, tajuk sensasi tak hengat! Tapi sabar dulu. Baca sampai habis. )

Sudah lama rasanya saya tidak menulis secara santai sambil minum jus oren dan mengunyah kerepek ubi. Kebelakangan ini, kebanyakan entry (err..banyak ke entry?) lebih bersifat tacing sambil diiringi instrumental piano Yiruma (macam blog Mardhatillah Seeker tu. Kali terakhir  rasanya masa tulis pasal Jaulah Twins of Faith tu. Lepas tu, konon-kononnya saya nak  istiqomah menulis ala-ala ustazah pilihan, tapi jauh di sudut hati ini, sangatlah nak berhuha-huha dengan akhwat sikit. Sebabnya sebelum Mak Cik Tarbiyyah dan Pak Cik Dakwah datang menyapa , saya adalah kategori sengal huha juga. Sekarang pun, masih ada sikit manja-manja huha, tapi dengan akhwat je tau. Alaa, lagipun saya rasa 99.99 % pembaca blog ni adalah akhwat pun kan? 0.01 % lagi tu adalah golongan bakteria berstatus ikhwah. En? Huhu. So, saya nak tulis secara lalalala, boleh tak? peace. (sebab tu tak digalakkan promote blog musafir asing ni di khalayak ramai, kalau tak saya nak tuntut royalti. cewah)

Alhamdulillah, saya dan keluarga baru sahaja pulang dari KLIA, menghantar adik lelaki saya yang pulang ke Mesir, bumi Anbiya. Aiwah! Macam ada jejaka ambil jurusan ustaz-ustaz pula kan dalam keluarga saya? Best nya kalau ada ustaz dalam famili, tapi semua itu hanyalah igauan mimpi, cewah! Adik saya bukan mengambil jurusan agama, syariah, al quran dan kawasan yang sewaktu dengannya. Dia adalah pelajar jurusan Dentristry JPA di AlAzhar.

Hmm.. Sebenarnya,saya bukanlah nak sangat menulis tentang kehidupan peribadi. ye lah, namapun musafir asing kan? Kenalah anonymous sikit.  Tapi entah mengapa saya merasakan saya perlu mencoretkan sesuatu yang mungkin kelihatan personal, tetapi ada matlamat yang lebih besar yang saya ingin ketengahkan.

Saya bukanlah daripada kalangan keluarga tarbiyyah, ibu dan ayah tak pernah pun ikut sebarang bulatan, bulat-bulat kecil atau bulat-bulat besar gembira. Adik beradik pun sama. Cuma  semasa adik saya mula sampai di Mesir, adalah juga dengar adik saya cuba diDF oleh abang-abang bulatan gembira di sana. Katanya, ramai abang-abang daripada pelbagai jemaah cuba memancing. Saya tak kisahlah, jemaah mana pun. Masa tu, saya memang excited tahap Dewa Naga. Doa-doalah dia akan “diikhwahkan” satu hari nanti.

Tapi… Kusangka panas hingga ke petang, rupanya salji di tengah hari. (Erk?)
Baru-baru ini, saya sempat bercurhat dengan adik. Sebenarnya, walaupun dia sudah berada di Malaysia sejak bulan Jun lepas, saya hanya sempat berjumpanya untuk beberapa kali sahaja. Boleh dikira dengan jari . Dan tempoh berjumpa pula sangatlah singkat, mungkin sehari dua sahaja kerana saya bukanlah seorang ahli Dewan Undangan “Pulang Bermalam Setiap Minggu “(PBSM). Mujurlah, kami sempat beraya bersama, jadi tempoh masa cuti beraya ini saya cuba manfaatkan sebaik mungkin untuk mengorek perkembangan tarbiyyah dirinya. Kalau bukan saya, siapa lagi yang akan lakukannya. Kan?(Sila anggukkan kepala sekarang)

Cuma, perkembangan terbaru agaklah menggusarkan jiwa raga mahupun bakul nuraniku. Dia semakin hari semakin larut dan cair dengan kehidupan jejaka-muda-perasan-ensem ( eh, ada orang nak muntah ke? T_T). Dah jarang pergi berbulatan gembira, beriadah dengan abang-abang ikhwah. Rutinnya sangatlah cliche. Pagi pergi kelas, petang balik rumah, makan, minum, buat assignment, kalau cuti, pergi travel suka-suki dengan kawan-kawan, sibuk main rugbi memanjang. Oh ye, lagi satu yang agak memeningkan kepala adalah human interpersonal skill nya yang ala-ala mesra alam, tumbuhan dan haiwan serta rupa yang err..(malas nak describe) yang menyebabkan dia ramai kipas-susah-mati. Bila dapat tahu ada yang cuba test market dengan adik saya, saya pula yang stress. Tapi 2×5 je pun kedua-dua belah pihak.

(Tak apa takpa..Mungkin Mak Cik Tarbiyyah tak sampai lagi. Tapi geram jugaklah tengok Incik Jahiliyyah ni berlegar-legar dengan golongan remaja macam mereka ni. )

Bila tanya, kalau waktu free, buat apa? Jawabnya sambil tersengih ala-ala kerang dalam kuew teow goreng, “Tarappa..lepak dengan member je!”. Tepuk dahi! Pap!

Sroot..sroott.. (menangis laju-laju sambil menghenjut bahu).

Untuk seketika, saya tersedar bahawa tempat di mana kita dicampakkan tidak sekali-kali menjanjikan jaminan tarbiyyah. Hatta dihantar ke bumi himpunan Anbiya sekalipun, jika kita tidak berusaha mengejar kereta api tarbiyah, maka statiklah kita tanpa peningkatan atau menjadi lebih teruk daripada sedia ada (nauzubillah).

Astaghfirullah azim, tiba-tiba saya menjadi sedikit stress. Ketika saat saya berhempas pulas mentarbiyyah adik-adik orang lain, keluarga saya sendiri tidak tertarbiyyah. Itu belum masuk lagi ibu, ayah dan adik perempuan saya. Dan lebih menakutkan lagi, sepupu sepapat saya di luar sana. Allah..allah..Allah.. Apa saya nak jawab depan Allah nanti? Dah buat ke Shahadatul Haq kepada keluarga sendiri? Oh, tiba-tiba saya rasa diri mengecil , lebih kecil daripada bakteria Streptococcus Aureus. Arghh malunya!

…………………………………………………………………………………………………………….

Quality vs Quantity.

Ya, saya memang jarang balik rumah. Paling kerap pun, sebulan sekali. Ada beberapa kali, selepas 2-3 bulan, baru balik. Bukan sengaja tak mahu balik, mengira faktor jarak, tambang yang pergi balik mahu menelan RM100 sekali perjalanan. Tambahan pula, selain tanggungjawab pada study, sebenarnya sangat banyak perkara yang menuntut saya untuk tidak balik. Perlu berjumpa dengan akhwat dan berqodoya untuk perancangan tarbiyyah adik-adik dan diri sendiri, daurah, jaulah, DF dan sebagainya. Sejujurnya, saya terpaksa meletakkan “berukhwah dengan famili” dalam check list mutabaah amal saya supaya saya sentiasa diingatkan untuk “kutip markah” untuk amalan ini. Wah! Sibuk sangat ke cik musafir asing oi? Peluh besar.

Jadinya, saya memang kalah daripada segi kuantiti masa bersama keluarga. Tetapi, alhamdulillah setiap kali saya pulang, biasanya kami akan beraktiviti bersama. Caranya, first thing first, jangan bawa pulang buku akademik (cewah, alasan ke?). hehe. Tapi memang saya tak study pun kalau pulang weekend. Memang dikhaskan bersama keluarga. Biasanya kami akan beriadah bersama, keluar makan-makan, balik kampung jenguk atok dan shopping~.
Tapi kan, lepas saya bercurhat dengan adik lelaki saya baru-baru ini, saya baru tersedar, berapa banyak masa sebenarnya yang saya sudah gunakan untuk mentarbiyyah ahli keluarga saya?
Berapa banyak kali saya menyelitkan unsur-unsur tazkirah ketika bersembang dengan keluarga?
Berapakah kepekatan tarbiyyah saya di hadapan ahli keluarga berbanding ketika saya bersama akhwat?

Sekali lagi, nangis laju-laju..

Sebenarnya, bukan saya tiada pengaruh untuk mentarbiyyah mereka, terutama adik lelaki saya. Sejujurnya, dia lebih thiqoh pada saya berbanding pada mak ayah. Dia lebih mudah bercurhat tentang dirinya, meminta pendapat, dan bermanja-manja dengan saya berbanding orang lain. Rahsianya, mungkin saya ada sedikit skill menDF adik-adik akhwat yang suka dibelai-belai itu. Maka, saya menggunakan pendekatan “belaian” untuk adik saya.
Keluar makan berdua, jalan-jalan sambil bersembang, peluk cium itu dah tak janggal dah.
Tapi, sejauh manakah taktik itu berkesan untuk mentarbiyyah seorang bernama lelaki? Cewah, ayat kontroversi.

Kerana bagi saya, skill DF dan skill tarbiyyah adalah berbeza. Dakwah fardhiyyah menuntut kepada kekuatan ukhwah berbanding skil tarbiyyah memerlukan kekuatan, strategi tarbawiy, kefahaman terhadap persoaliti dalaman mad’u. Lelaki dan perempuan tidak sama. Maka skill untuk mentarbiyyah lelaki dan perempuan juga tentulah berbeza.

Saya teringat semasa saya menghadiri beberapa siri daurah di Kolej Maha Busy itu dan Kerajaan Bersatu, saya dan beberapa orang akhwat sering merungut jika ikhwah lebih kurang sebaya kami yang menyampaikan pengisian kepada adik-adik kami. Bukan sebab ikhwah tu tak best ke, tapi approach mereka sangatlah berbeza dan rasa macam..err abaikan. Kesian adik-adik akhwat kami kena psycho dan menjadi semakin pening lalat dan langau apabila habis daurah. Tapi, dengar ceritanya, itulah cara Ikhwah. Mereka lebih psycho, tegak kedepan (baca: straight forward) dan mind-torturing. Dan cara inilah yang menggegarkan jiwa adik-adik ikhwah.

Berbeza dengan adik-adik akhwat, mereka lebih tersentuh dengan kelembutan, analogi, belaian dan sebagainya. Tapi, ofkoslah pendekatan ini hanya valid untuk tempoh awal mentajmik mereka. Tapi, bila dah ada keFAHAMan, dah lalui ISK, SH dengan pekatnya, pendekatan kader pula perlu dikerah. So, jangan ingat akhwat ni sepanjang masa lemah lembut binti gemalai ya. Ada masa, kami boleh menjadi lebih garang daripada singa. Biasalah, kami pun nak jadi asadullah jugak! Nak berjihad, bolot pahala dakwah dan masuk syurga jugak!

Emm..Selama beberapa tahun saya bergelumang dengan arena D&T ni, saya merasakan berurusan dengan akhawat lebih mudah berbanding dengan ikhwah. Yelah, ikhwah pun tak kenal, macam mana nak berurusan apatah lagi mentarbiyyah ahli keluarga yang lelaki. Aiwah!

So, nak dipendekkan cerita, selain kekangan masa, kelemahan saya sendiri untuk mentarbiyyah ahli keluarga begitu merunsingkan kepala. Kalau diikutkan hati, saya berpendapat, mentarbiyyah adik lebih mudah berbanding ahli keluarga yang lebih tua. Jiwanya lebih dekat dan lembut. Hmm..tapi itulah. Kalau kita berseorangan sahaja melakukan kerja dakwah, maka akan sedikit perlahan langkahan. Inilah kepentingan berjemaah. Kerana jemaah yang muntij akan menghasilkan sinergi. Kalau sifir biasa-biasa, 1 +1 = 2 tapi sinergi menghasilkan 1+1 = 3 atau 4 atau 5. Itulah dinamakan sinergi.
Tapi macam mana nak hasilkan sinergi dalam berdakwah dengan keluarga ya? Takkan nak tunggu ber B***** *****m dulu (perlu dicensored kan, kalau tak hadek-hadek bulatan gembira akan melompat eksaited tanpa sebab. Abaikan. Ok tengsbai).

Tak apalah, mungkin Allah nak suruh saya muhasabah lagi dan mencari strategi dakwah kepada ahli keluarga sendiri. Kita sering melaungkan kata-kata semangat nak masuk syurga dengan akhawat/ikhwah, tapi pada ahli keluarga sendiri, mestilah kena usaha lebih sikit untuk tarik mereka sama-sama masuk syurga firdausi kan?

Baik! Sampai di sini dulu saya menulis. Doakan saya ya? Dan famili saya ya?

p/s 1: Betul lah, orang yang ensem/lawa ni banyak mujahadahnya. Biarlah tak ensem/lawa di mata manusia. Tapi kachak dan jelitha di mata Allah dan rasul!
p/s 2: siapa nak tolong meng ikhwah kan adik saya? tapi, direct contact ikhwah-akhwat diHARAMkan sama sekali. (sambil buat tanda pangkah).

musafir asing.

7 Comments

Filed under Uncategorized

Malam Cinta KITA

Subhanallah,

Di saat ini, hanya Allah yang tahu betapa saya merasa sangat bahagia.
Bahagia dengan segarnya bayu ukhwah dan tarbiyyah yang baru sahaja saya serap sepanjang malam tadi.

Mashaallah,
Di saat saya leka dan alpa, Allah tidak pernah lupa mengingatkan saya.
Dia setia membantu saya.
Dia sudi membimbing jiwa ini.
Walaupun saya banyak kali melukakan hati-Nya,
Dia tidak pernah merajuk dengan saya.
Allah..malunya  saya pada Allah.

Demi Allah,
Setiap detik yang berlalu pada malam tadi, amat- amat saya dambakan.
Betapa saya rindu perasaan itu.
Perasaan Daie yang kekeringan dengan sentuhan dan peringatan.
Saya rindu menatap wajah-wajah yang mengingatkan saya pada Ilah.
Allah menghantar akhwat yang dirindui untuk saya kembali mengingatiNya.

Ya Rabb,
Terima kasih atas hadiah ini.
Tidak mampu kuungkapkan betapa syukurnya aku dipilih oleh-Mu untuk merasai dinginnya titisan tarbiyyah ini.
Tidak layak rasanya untuk aku mengangkat wajahku yang hina ini untuk memandangmu,
Apatah lagi untuk bercakap denganMu yang Maha Kaya dan Mulia.

Tetapi,
Inilah luahan hatiku yang penuh noda,
Aku merasa sangat malu denganMu Ya Allah,
Tika Engkau mengurniakan Ramadhan yang Indah ini,
Jiwaku terbang entah ke mana,
Kononnya sibuk dengan larian marathon menganjurkan program itu dan ini,
Ahh..sudahlah!
Hakikatnya, di mana engkau wahai jiwa yang tenang?
Ya! Jiwa Mutmainnah! Di mana engkau?
Sibuk dengan tarbiyyah manusia lain, bagaimana dengan tarbiyyah dzatiyyahku?

Allah..Allah.. Allah..
Ampun daku Ya Allah!
Atas kehinaanku. Atas kealpaanku. Atas kefuturanku.
Mujur sahaja Engkau menghantar jiwa-jiwa tulus akhawatku untuk menghentak lamunanku!
Maha suci Engkau,
Mereka adalah hadiah yang amat berharga!
Merekalah yang mengunci hati ini dengan cintaku pada jalan-Mu.

Ya Allah,
makbulkan doaku..
Moga impian kami untuk membina mahligai di kampung syurga sana menjadi realiti.
Moga kami akan bertemu dan saling berjiran di sana.
Kerana atas asbab merekalah, aku tetap dan masih berada di jalan ini.
Peliharalah kehangatan cinta kami ini Ya Allah!
Dakaplah kami dalam pelukan rahmatMu.

Allah..Allah.. Allah..
Aku sayangkan mereka.
Aku cintakan mereka.
Jangan engkau hilangkan kasih ini daripada jiwaku.
Jangan engkau keringkan kelembutan ukhwah ini daripada dadaku.

Tanpa cinta dan ukhwah kerana-Mu ini,
Jiwaku sesak.
Hatiku futur.
Jasadku longlai.

Ya Allah, jadikan Rabitah pengikatnya.
Itulah ekspresi rindu kami.
Pertemukanlah kami semula di kampung kami Ya Allah!
Ya, kampung kami di syurga!
Aminn!

Musafir asing
22 Ramadhan
-Post Malam Cinta KITA-
RI Kawthar

Leave a comment

Filed under Tarbiyah

Kerana aku tahu, mereka perlukan dakwah.

bismillahirrahmanirahim..

saban tahun, saya amat bersyukur kerana saya masih lagi bernafas dalam udara dakwah dan tarbiyyah. Demi Tuhan, saya amat berterima kasih kepada semua manusia yang bertanggungjawab melasso diri ini ke dalam kandang tarbiyyah.

Saya masih ingat, dahulunya saya adalah pemberontak tarbiyyah.
Saya lemas dengan “cakap-cakap tarbiyyah”.
Saya bosan dengan “orang-orang dakwah”.
Saya sentiasa berasa cukup dengan diri sendiri.
Ya,saya merasakan saya cukup bagus.
Ya, saya merasakan saya tidak memerlukan sesiapa untuk mengajar bagaimana untuk hidup.
…………………………………………………………………

Langit senja Nottingham, England Disember 2009

Tahun 2007, England-bermula segala-segalanya. Jauh di perantauan orang, saya mula memahami kelembutan tarbiyyah. Sayup-sayup, ia menyerap ke dalam hati. Jauh ke dasarnya. Ya. Tersangat jauh.

Hingga saya tidak mampu lari daripadanya.
Hingga saya tidak mampu memalingkan wajah daripadanya.

Hingga saya tidak bisa menafikan keindahannya.
Saya benar-benar tidak berupaya menidakkan keajabannya.
Saya menjadi larut di dalamnya.
Cinta saya tumpah kepadanya.

Akhirnya, lahirlah ikrar untuk saya berjuang deminya.
Ya demi mempertahankan sebuah tarbiyyah, dakwah menjadi kemestian.

Tanpa dakwah, tarbiyyah menjadi mandul.
Mandul dan bacul.

Entah dari mana kekuatan dan semangat itu muncul, saya seakan-akan bangkit daripada lamunan.
Saya melihat, umat perlu di diselamatkan.
Saya menjadi gelisah melihat manusia hanyut dalam kelalaian.
Hati saya menjadi sakit.
Sakit yang teramat.

Lalu, di bumi asing itu, saya memulakan langkahan perjuangan.
Satu demi satu ujian mendatang.
Satu demi satu halangan menghambat.
Dan satu demi satu kesusahan menyebat.
Hingga saya sendiri tidak mampu menghitung banyaknya deraian air mata yang tumpah.
Jujurnya, kehidupan saya di sana tidak mudah.
Sering kali sang dugaan datang menjengah.
Namun, saya pasrah.
Sepasrah-pasrahnya.

Namun, ada satu babak kehidupan yang tidak berubah walau tegarnya ujian menghempap.
Cinta saya terhadap dakwah dan tarbiyyah tidak pernah pudar.
Entah mengapa setiap kali nafsu ini cuba mengkambing hitamkan dakwah dan tarbiyyah atas segala ujian,
hati ini cepat-cepat menidakkanya.
Malah, cukup jika saya katakan ujian yang datang menjadikan kecintaan saya terhadap dakwah dan tarbiyyah semakin mekar.
Ketika itu, saya  mula merasai bagaimana rasanya obses terhadap dakwah.
Ya, tumuhat saya menjadi-jadi.
……………………………………………………………………………………….

Alhamdulillah, ketika ini saya sedang menyaksikan kebangkitan anak-anak binaan saya bangkit daripada lena yang panjang.
Jika dulu, mereka seakan melakukan rutin mingguan datang dan pulang usrah.
Hari ini, mereka sudah menjadi lebih daripada kebiasaan itu.
Jika dahulu, mereka seakan seperti anak kucing yang sering mahukan belaian dan manjaan, hari ini mereka sudah menjadi anak singa yang sudah mengaum garang.
Himmah mereka luar biasa.

Bukankah tarbiyyah itu menjadikan manusia biasa kepada luar biasa?

Memerhati meraka dari jauh membuatkan saya mengimbau kenangan lama. Kenangan saat jatuhnya cinta pertama.
Cinta yang tidak berbelah bagi ke atas hamparan dakwah ini.
Terkadang saya menjadi sayu.
Hati saya dijentik hiba kerana Allah masih sudi mengizinkan saya mendidik mereka yang hebat ini walaupun banyak dosa dan hina saya di hadapan-Nya.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………

Hari ini, sudah menjangkau 5 tahun saya bergelumang dengan sepak terajang tarbiyyah.
5 tahun bukanlah tempoh yang panjang. Saya sendiri tidak layak untuk berbangga dengan usia tarbiyyah saya yang sangat hijau. Ibaratnya, saya hanya seperti kanak-kanak yang baru melangkah ke alam pra-sekolah.
Ah, betapa kerdilnya saya.

warna kehidupan

Namun, sepanjang 5 tahun ini, saya telah menyaksikan babak kehidupan dakwah dan tarbiyyah pelbagai warna.
Ada warna jatuh dan bangkit.
Ada warna sihat dan sakit.
Ada warna sayang dan benci.
Ada warna ketawa dan tangis.

Hari ini, saya menyaksikan warna-warna tersebut sedang terlukis di kanvas kehidupan mutarobbi saya.
Tidak kisahlah mereka adalah anak-anak usrah saya , mahupun cucu usrah saya..mereka kesemuanya adalah mutarobbi yang saya cinta.
Mereka dalam fasa sedang merasai manis, pahit , suka dan duka dalam langkahan jalan juang ini.

Menjadi murobbi, tidaklah semudah memberi taujih daripada kitab kuning.
Atau sekadar menayangkan video islami yang “catchy” daripada you tube.
Ia lebih daripada itu.
Tidak mustahil saya katakan, boleh jadi dalam tekad sang murobbi mendidik anak-anaknya,
anak-anaknya itu boleh dirasuk malas.
Mereka boleh menjadi lemas.
Lemas dengan tanggungjawab dan kesibukan dakwah.

Tidak mustahil juga saya katakan,
ketika segala kekalutan dan ujian hidup datang menjengah,
langkahan mereka menjadi mengah.
Laungan  himmah  menjadi lemah.

Allah..saya paling takut jika para daie dijangkiti penyakit futur.
Saya sendiri takutkan futur.
Saya takut anak-anak binaan saya diserang futur.

Ya Allah, betapa aku merayu agar lindungilah anak-anak mutarobbiku daripada dijangkiti futur.
Aku lebih rela Engkau mengujiku dengan kesusahan mendidik mereka, tapi jangan Engkau palingkan mereka daripada jalan ini.
Kerana aku tahu, mereka perlukan dakwah.
Oleh itu, jangan Engkau rampas kemanisan dakwah ini daripada mereka.

musafir asing.
2 ramadhan.
7.30 am

3 Comments

Filed under Tarbiyah

Mereka dan saya : Sebuah ekspresi rindu.


Baru semalam saya melihat mereka merangkak perlahan di hamparan ini,
Hari ini, dalam sekelip mata , mereka sudah pandai berlari.
Baru semalam saya menyaksikan mereka bermain-main riang.
Hari ini, tiada masa langsung untuk mereka berehat senang.

Baru semalam, saya meneroka wajah polos mereka.
Tiada sedikit kerisauan bertapak di hati.
Mereka seolah-olah  larut dengan kehidupan sendiri.

Tetapi hari ini,  rasa ingin berseronok tanpa hala itu telah jauh di bawa pergi.
Bayu tarbiyyah  nyata telah menolak hiburan duniawi itu ke tepi.
Saban hari, di wajah mereka mula terlakar ribuan ekspresi,
Terkadang mereka tersenyum,
Terkadang pula tegang dan serius.
Terkadang terpancar keletihan yang memuncak.
Tak kurang juga  riak risau dan cuak.
Semuanya hanya kerana sibuk memikirkan kelangsungan cinta baru mereka,
Cinta dan himmah terhadap dakwah dan tarbiyyah yang kian menghangat.

Saya di sini hanya duduk memerhati,
Setiap langkah dan gerak geri,
Setiap semangat , curhat, dan keluhan hati.

Saya masih lagi duduk sini,
Setia memerhati,
Memerhati dengan kaca mata murobbi,
Tidak akan pernah jemu
Menyaksikan setiap tatih, langkahan dan larian mereka,
Jika pun ada langkahan yang sumbang,
Ia tidak sedikitpun menjadi kudis di hati murobbi.
Kerana setiap  yang kuat bermula daripada yang lemah,
Setiap yang pandai, bermula daripada yang jahil.
Setiap yang penuh, bermula daripada yang kosong.

Entah mengapa saya merasakan,
masa terlalu kuat cemburunya.
Saya masih tidak puas mendidik mereka,
Namun, mereka terlalu cepat dewasa.
Mereka membesar di bawah naungan tarbiyyah yang tiada mewah,
Mereka menjadi matang di bawah naungan dakwah yang tiada mudah,
Dan saya di sini,
Hanya mampu memberi sentuhan yang tiada gah,
Memberi sekadar yang termampu.
Entah layak, entah tidak digelar murobbi,
Saya sendiri tidak tahu.

jumaat
29 jun 2012

6 Comments

Filed under Tarbiyah

Selamat tinggal semalam.

Puisi untuk anak binaan ku:

Selamat tinggal semalam.

jika hari semalam, langit gelap diselimuti mendung.
tidak lagi hari ini.
hari kita cerah diterangi suria.

jika hari semalam, wajah muram disirami durja,
tidak lagi hari ini.
hari kita ceria diselangi tawa.

Jika hari semalam, hati gundah dirobek jahiliyah,
tidak lagi hari ini.
hari kita tenang, dibelai sakinah.

jika hari semalam, jiwa kita berpecah.
tidak lagi hari ini.
hari kita teguh, jiwa kita utuh.

Jika hari semalam, syaitan dan iblis tertawa riang,
tidak lagi hari ini.
hari kita megah, lantaran mereka menangis malang.

Selamat tinggal semalam.
Tinggallah engkau wahai memori semalam.
Selamat tinggal.

………………………………………………………………….
mutarobbiku,

hiduplah baik-baiklah engkau wahai anak-anak binaanku.
moga baik-baiklah yang bakal menanti kelak di hujung penjalananmu.

2 Comments

Filed under Tarbiyah